Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum tahun 2020 menutup tirai. Oleh itu, eGG Network membawakan kejohanan Creators Collition League of Legends: Wild Rift yang menampilkan barisan streamer Facebook Malaysia.

Menariknya, penonton bukan sahaja dapat menonton kejohanan ini tetapi terdapat Underground Fans Challenge yang akan berlangsung pada 28 Disember ini.

Dalam pertandingan tersebut, penonton berpeluang untuk bertanding dengan streamer kegemaran dan menunjukkan kemahiran dalam Wild Rift serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Antara streamer yang terlibat adalah termasuk Soloz, Daddy Hood, Bexed, Ream Angkor, Obot Gaming, Charlie, Erin KARRA Gaming, dan SleepyGodzillas.

Kejohanan ini boleh ditonton secara langsung di laman Facebook eGG Network dan saluran eGG di Astro pada 29 dan 30 Disember dari jam 12PM.

Streamer yang mengambil bahagian turut akan menyiarkan kejohanan ini di laman Facebook mereka. Sementara eGG Network akan menampilkan HusKKiee dan Flicker sebagai hos acara ini.