Untuk pengguna yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan, tiada pemotongan elektrik akan dilakukan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Ini adalah salah satu usaha pihak Kementerian Menteri Tenaga dan Sumber Asli dengan persetujuan TNB untuk membantu mengurangkan kos yang dihadapi pengguna yang terjejas dengan Covid-19.

Sebaliknya pengguna akan diberi kemudahan untuk membayar secara ansuran mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021 kelak.

Namun, untuk pengguna yang mempunyai tunggakan bayaran melebihi 6 bulan pula, mereka boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.

Laporan penuh di Bernama