Sebelum ini telah dilaporkan bahawa penyedia perkhidmatan elektrik di seluruh negara menawarkan rebat kepada penggunanya di seluruh negara termasuklah pengguna domestik dan bukan domestik.

Ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang terpaksa dilanjutkan bagi mengekang penularan COVID-19 di dalam negara.

Sehubungan itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah.

Kerajaan dan TNB meneruskan usaha membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan melaksanakan perkara- perkara berikut:

(i) tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa 1;

(ii) penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021; dan

(iii) Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik ditawarkan sehingga 31 Disember 2021.

Bagi pengguna-pengguna di Sabah pula, pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

(i) tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna sehingga 31 Julai 2021;

(ii) penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi 6 bulan sehingga 30 September 2021; dan

(iii) Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik boleh dimohon oleh pengguna yang layak sehingga 31 Disember 2021. Pengguna dialu-alukan menghubungi SESB bagi menyemak perkara ini.

Jadi, kepada para pengguna elektrik yang terkesan dengan PKP 3.0, anda janganlah bimbang. Kerajaan dan penyedia perkhidmatan elektrik memahami situasi semasa yang sukar ketika ini.

Sumber: KeTSA

Baca juga: Diskaun Elektrik Bersasar Selama 3 Bulan Kepada Pengguna Elektrik Di Sabah

TNB Memberikan Rebat Elektrik Tambahan Kepada Semua Bermula 1 Julai Hingga 31 Disember 2021