Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan Telekom Malaysia memaklumkan bahawa TMpoint tetap beroperasi di seluruh negara kecuali cawangan TMpoint di kawasan PKPD dan seluruh negeri Sarawak.

Cawangan TMpoint yang beroperasi pula hanya menjalankan 3 transaksi penting sahaja iaitu urusan aplikasi perkhidmatan baru, pembayaran dan penerimaan kad SIM.

TM mengingatkan orang ramai jika mengunjungi cawangan TMpoint, pastikan sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

TM juga mengesyorkan orang ramai untuk menggunakan saluran Digital Layan Diri untuk bantuan yang lebih cepat dan lebih mudah dengan melalui saluran berikut:-

Aplikasi myunifi – http://onelink.to/bmz95v

Portal – www.unifi.com.my

EasyFix untuk menyelesaikan masalah teknikal sendiri – https://easyfix.unifi.com.my
Sumber: TM