Beberapa hari yang lalu, seorang pengguna Twitter, @aniq8676, telah memuat naik satu foto yang memperlihatkan promosi Unifi Lite 10Mbps dengan harga langganan promosi RM99.
@TMConnects @amanz minta pencerahan…. betul ke ni ? pic.twitter.com/x4qox8se8I
— ▲hm▲d ▲niq (@aniq8676) October 20, 2017
Pada awalnya pihak TM telah mengesahkan tentang penawaran promosi tersebut yang mana ia akan berjalan sehingga 31 Disember 2017, dengan yuran langganan bulanan sebanyak RM99 bagi tempoh 24 bulan selepas pendaftaran.
Hi. Ya. Promosi sah hingga 31/12/2017 dan harga promosi RM99/sebulan sah hingga tempoh 24 bulan.
— TMConnects (@TMConnects) October 20, 2017
Walaubagaimanapun, maklum balas terbaru dari TM menyatakan promosi Unifi Lite RM99 ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, wakil dari TM juga menyatakan kepada pihak Amanz yang promosi ini akan ditawarkan terhad kepada beberapa lokasi.
Harga langganan asal pakej ini adalah RM129 untuk pelanggan baru manakala untuk pelanggan sedia ada, anda akan dikenakan bayaran bulanan sebanyak RM149.
Hi. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami akan menangguhkan kempen UniFi Lite RM99. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini.
— TMConnects (@TMConnects) October 21, 2017
Menerusi pakai Unifi Lite, anda akan menerima sambungan muat turun 10Mbps dan muat naik 5Mbps. Turut disertakan adalah akses ke HyppTV tetapi tanpa penawaran panggilan percuma seperti pakej-pakej yang lain.