Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TM Sertai Konsortium Kabel Dasar Laut Baharu, SEA-ME-WE 6 Berkelajuan 100 Tbps

Posted on Februari 21, 2022Februari 21, 2022

Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia (TM) kini menjadi antara syarikat dalam konsortium bagi kabel dasar laut terbaharu iaitu SEA-ME-WE 6 yang dijangka siap 2025.

Kabel sepanjang 19,200 km ini dikatakan menawarkan sambungan dengan kadar latency antara yang terendah di dunia. Menghubungkan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Barat Eropah, ia mempunyai kelajuan sehingga 100 TB per saat yang bersamaan dengan 40,000 video berdefinisi tinggi setiap saat, menurut Singtel.

Singtel

Bermula dari Singapura, kabel dasar laut ini yang berakhir di Perancis ini menghubungkan Malaysia, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, India, Pakistan, Djibouti, Arab Saudi dan Mesir.

Wakil dari negara tersebut termasuklah Bangladesh Submarine Cable Company, Bharti Airtel, Dhivehi Raajjeyge Gulhun, Djibouti Telecom, Etihad Etisalat Company, Orange, PT Telekomunikasi Indonesia International, Singtel, Sri Lanka Telecom, Telecom Egypt dan Trans World Associates.

Sumber: The Edge Market, Singtel

Baca juga:

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah
  • Telenor Tinggalkan Myanmar Selepas Diarah Kerajaan Untuk Bantu Intip Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress