Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui cabangnya, Telekom Research and Development Sdn Bhd (TM R&D) telah berjaya meraih anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif di Malaysia di Global Business Outlook Awards 2021.

Kejayaan itu diraih menerusi pembangunan platform analitik pintar yang dikenali sebagai “CAMELIA”

CAMELIA dapat memberikan situasi prestasi rangkaian, diagnostik dan pengenalpastian sebarang kerosakan, serta dapat meramal potensi gangguan perkhidmatan dan talian sehingga 30 hari lebih awal.

Selain itu, CAMELIA berupaya memberikan amaran awal yang dapat membantu mengesan kerosakan awal pada pemprosesan sekaligus memberikan penyelesaian awal sebelum terjadinya sesuatu insiden.

Kejayaan ini merupakan kali kedua diterima TM R&D pada tahun ini atas usaha mereka membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sokongan mereka terhadap pembangunan ekosistem digital industri telekomunikasi.

Sumber: TM

Baca juga: TM Sekali Lagi Cemerlang Di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021

TM Dinobat Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia 2020