Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM ONE telah dilantik oleh HONOR Technology (Malaysia) Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan awan yang bukan sahaja untuk pelanggan HONOR di Malaysia tetapi meliputi 3 benua iaitu Asia, Afrika dan Amerika Latin.

TM dalam satu kenyataan memaklumkan, HONOR Technology akan menggunakan perkhidmatan awan TM ONE α Edge (Alpha Edge) sebagai hos kepada platfom e-dagang dan penyelesaian digital mereka.

HONOR ketika ii memiliki lebih daripada 3,000 pusat servis, 2,000 pusat panggilan dan mempunyai hampir 8,000 pekerja di lebih 100 pasaran di seluruh dunia.

TM ONE α Edge merupakan sebahagian daripada TM ONE Cloud yang dilengkapi dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) serta sokongan keselamatan siber tercanggih yang dapat memberikan perkhidmatan awan yang lancar, pantas dan menjimatkan kos.

Sumber: TM