Telekom Malaysia Bhd (TM) dalam laporan hasil mereka bagi separuh pertama tahun 2021 memaklumkan bahawa keuntungan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu telah meningkat kepada 8.2% iaitu kepada RM5.57 billion berbanding RM5.15 billion tahun 2020 lalu.
Menurut TM, hasil perolehan keuntungan itu adalah didorong menerusi semua segmen pelanggannya iaitu unifi, TM ONE dan TM Wholesale.
TM juga memaklumkan, unifi telah memecahkan rekod pertumbuhan pelanggannya selepas merekodkan lebih daripada 210,000 pelanggan barunya pada suku kedua tahun ini.
TM menyatakan, jumlah itu adalah yang tertinggi bagi 1 suku tahun dalam tempoh 11 tahun.
Sehingga akhir Jun 2021, TM merekodkan jumlah pelanggan talian jalur lebar tetap mereka meningkat kepada 2.55 juta pelanggan setakat suku ke-2 tahun ini.
Sumber: TM