Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi Yayasan TM (YTM) telah mengedarkan sejumlah 2,000 kad sim unifi Mobile #BEBAS 15GB kepada pelajar dari golongan keluarga B40 di seluruh Malaysia.

Ia sebagai usaha TM membantu para pelajar yang memerlukan untuk mengikuti sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kad sim unifi Mobile itu membolehkan pelajar mengakses internet secara percuma selama 1 tahun.

Di bawah inisiatif itu, kesemua kad sim tersebut diedarkan melalui beberapa organisasi termasuklah 300 kad sim melalui Yayasan Raja Muda Selangor, 300 kad sim lagi diedarkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah, dan 600 lagi melalui 11 buah sekolah iaitu:-

  1. SMK Abi, Perlis
  2. SMK Sri Muda, Pulau Pinang
  3. SMKA Sultan Azlan Shah, Perak
  4. SMK Jalan Reko, Selangor
  5. SMK Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
  6. SMK Cedung Jaya, Pahang
  7. SMK Alor Akar, Pahang
  8. SMK Datuk Bendahara, Melaka
  9. SMK Tun Perak, Johor
  10. SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Terengganu
  11. SMK Matang Jaya, Sarawak

Manakala bakinya diedarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah melalui  program TM Corporate Social Responsibility (CSR) dengan sokongan kerajaan melalui inisiati seperti Tabung CERDIK dan #MYBAIKHATI.

Sumber: TM