Sebagai salah satu langkah untuk memperkukuhkan penyelesaian infrastruktur digitalnya, Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan bahawa mereka telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Utama (MSA) dengan Telefónica Tech.

Perjanjian usahasama itu dicapai melalui unit penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awam TM iaitu TM ONE. Manakala Telefónica Tech pula menerusi Telefónica Global Solutions.

Perjanjian antara 2 pihak ini akan membolehkan TM ONE membangun dan melaksanakan strategi keselamatan siber global untuk pasaran Malaysia .

Sementara Telefónica Tech pula akan menyediakan khidmat rundingan untuk menyokong dan membina program keselamatan siber bagi pembangunan Pusat Operasi Keselamatan Siber Global TM ONE.

Kerjasama itu turut merangkumi latihan dalam perkhidmatan keselamatan siber bagi meningkatkan kecerdasan dan kemahiran digital tenaga kerja tempatan.

Sumber: TM