Telekom Malaysia (TM) dan Cisco hari ini mengumumkan kerjasama strategik baharu sebagai sebahagian daripada program Country Digital Acceleration (CDA) Cisco.
Antara fokus jalinan ini adalah untuk bersama-sama bekerja ke arah pelaburan projek inovasi 5G dan untuk mempercepatkan pendigitalan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana).
Cisco dan TM akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan 5G-as-a-service (5GaaS) bagi
mempercepatkan penggunaan 5G dan mewujudkan bukti konsep untuk perusahaan dan
industri terlibat.
Disokong oleh teknologi Private 5G Core daripada Cisco, ia membolehkan syarikat melaksanakan rangka kerja dan penyelesaian 5G untuk menangani cabaran yang mereka hadapi.
Kedua-dua syarikat, TM dan Cisco juga akan memacu program pembangunan penyelesaian digital.
Ia terdiri daripada Internet of Things (IoT) sehinggalah kepada penyelesaian analitik perniagaan untuk PKS dalam sektor runcit, pendidikan dan pembuatan.
Penggunaan yang berjaya akan dipamerkan untuk penggunaan meluas dalam ekosistem PKS.
Cisco juga akan melancarkan inisiatif pembangunan bakat digital yang tertumpu kepada memperkenalkan bakat-bakat digital kepada Application Programming Interfaces (APIS) dan latihan tentang cara-cara mengemudi rangkaian berasaskan awan (cloud), Cisco Meraki, serta program mentor dan acara hackathon.
Sumber: Siaran media TM