Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiru TikTok, Twitter Bawakan Tab ‘For You’ Ke Susur Masa

Posted on Januari 11, 2023Januari 11, 2023

Mulai hari ini, pengguna Twitter pada peranti iOS akan menerima 2 buah tab baharu untuk ‘timeline‘ mereka yang semacam pada TikTok.

Satunya ialah ‘For You’ manakala sebelahnya ‘Following’. Macam pernah jumpa? Ya, kerana ini sebiji seperti mana susur masa TikTok sejak awal lagi.

See the Tweets you want to see. Starting today on iOS, swipe between tabs to see Tweets recommended “For you” or Tweets from the accounts you’re “Following.”

— Twitter Support (@TwitterSupport) January 11, 2023

Seperti TikTok juga, tab ‘For You’ adalah berdasarkan kandungan yang difahami oleh AI bahawa anda sukakannya dan yang berkaitan, daripada akaun yang tidak diikuti.

Twitter tidak pula mengumumkan bila akan tersedia untuk platform Android namun saya percaya ia takkan ambil masa yang lama.

Tab ‘Following’ pula membawakan anda kandungan, twit daripada akaun yang anda ikuti seperti daripada rakan dan selebriti.

The “For you” and “Following” tabs replace “Home” and “Latest” and will be pinned to the top of your timeline so you can easily switch between them. Swipe to switch timelines instead of tapping the ✨ icon.

— Twitter Support (@TwitterSupport) January 11, 2023

Terdahulu, Twitter pra-Elon sudah memperkenal ‘Home’ dan ‘Latest’ namun tidak hadir dengan kedua-dua tab dalam satu ‘timeline’. Pengguna perlu menekan ikon bintang di hujung kanan untuk beralih.

Namun sekarang dengan rekaan seperti susur masa TikTok, pengguna lebih mudah bertukar antara mod ‘kepochi’ dan ‘tak peduli’.

Make a "for you" TL and a following one pic.twitter.com/uIi4FUJwrC

— Aubs (@ShakyWarriorAub) January 10, 2023

Contohnya, tidak mahu kandungan tentang gosip poligami selebriti, terus leret (swipe) ke kanan untuk ‘Following’.

Apa, kawan-kawan pun cakap benda sama? Diamkan dengan butang ‘mute’.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress