Bekerja dari rumah atau bahasa sembangnya WFH sudah menjadi norma baharu sejak bermulanya pandemik Covid-19. Ditambah lagi dengan perkembangan vaksin yang agak perlahan, mungkin kita semua akan kekal bekerja dari rumah untuk sementara waktu ini.

Tidak dinafikan perubahan cara bekerja di rumah dari bekerja di pejabat juga masih yang belum dapat menyesuaikan diri walaupun sudah setahun lebih kita ber PKP.

Ini adalah kerana ramai yang bergelut untuk mencapai tahap produktiviti mereka apabila bekerja di rumah kerana belum biasa bekerja menggunakan komputer riba selama berjam-jam lamanya.

Ada yang kekurangan peralatan dan juga ada yang kurang jelas. Jadi bagaimana cara untuk bekerja dengan lebih efisien di rumah menggunakan laptop

Untuk artikel ini, kami akan berkongsi tips ringkas bagaimana cara untuk mengoptimumkan penggunaan laptop apabila bekerja di rumah.

1. Pasang Perisian Asas Untuk Kerja Pasukan Lebih Teratur

Bekerja dari rumah turut bermaksud berkolaborasi secara jarak jauh. Oleh begitu, adalah penting untuk memastikan anda sudah siap memasang perisian asas yang membantu anda untuk berkerja dalam pasukan lebih teratur.

Antara perisian popular yang digunakan masakini ketika bekerja dari rumah termasuklah:

  • Google Meet
  • Microsoft Teams
  • Zoom
  • Skype
  • Google Docs
  • Slacks

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna ketika membuat panggilan video adalah bunyi hingar persekitaran yang mengganggu.

Cara yang sesuai untuk menghilangkannya adalah seperti menggunakan alat bantuan seperti fon telinga dengan fungsi pembatalan hingar aktif, namun jika laptop itu sudah mempunyai fungsi seakan sama, ia adalah lebih baik.

2. Utamakan Ergonomik Dan Ruang Khas Untuk Bekerja

Di pejabat sememangnya sudah ada kerusi dan meja khas untuk bekerja, namun apabila di rumah, bukan semua orang berpeluang mempunyai kabinet yang sama.

Jika boleh, carilah ruang khas untuk bekerja dengan kerusi dan meja sendiri.

JIka kerap menggunakan panggilan video pula, anda boleh cari ruang tanpa cahaya yang terlalu terang supaya orang lain nampak anda dengan jelas ketika sesi sidang video.

Diingatkan juga perlu untuk mengiikuti prinsip asas ergonomik ketika bekerja agar anda tidak dibebani dengan sakit tengkuk, tangan, bahu, dan yang paling penting belakang anda.

Antara perkara asas ergonomik yang boleh diambil kira adalah:

  • Bahagian skrin perlu sama aras dengan mata dan skrin perlu dicondongkan sikit terhadap anda.
  • Jarak anda dengan skrin perlu berada dalam lingkungan 18 inci atau 24 inci.
  • Duduk menegak dan belakang perlu sandar mengikut kerusi untuk mendapatkan sokongan badan belakang yang sebetulnya.
  • Bahu perlu relaks dan sejajar dengan lantai.
  • Pergelangan tangan perlu ada bengkok yang minimum dan perlu ada ruang yang cukup untuk meletakkan kesemua lengan anda.
  • Peha ada perlu sejajar dengan lantai dan kaki juga perlu diletakkan sepenuhnya atas lantai.
  • Jika kaki tidak sampai ke lantai disebabkan kerusi tinggi, boleh dapatkan bantuan pelapik dan letakkannya di bawah kaki anda.

3. Rehat 5 Minit Setiap Sejam

Kajian mengatakan adalah penting untuk berehat dari melihat skrin laptop/PC sekurang-kurangnya 5 minit setiap sejam. Penting juga untuk anda membetulkan semula postur dan melakukan senaman ringan.

Untuk mata, anda boleh mencuba penggaris 20-20-20. Setiap 20 minit, lihat selain skrin sejauh 20 kaki selama 20 saat. Ini akan merelakskan otot-otot mata anda.

Yang sebenarnya rehat kerap yang sebentar adalah lagi sihat berbanding rehat kurang kerap yang lama. Jadi rehat 5-10 minit selepas bekerja selama 1 jam adalah lebih baik berbanding rehat 20 minit setiap 3 jam.

Ketika berehat, ambil masa ini untuk berdiri, bergerak sekeliling, goyangkan tangan dan kaki, ataupun tukar posisi untuk mengelakkan kerengsaan supaya minda dan badan anda kekal bertenaga untuk bekerja.

4. Mengehadkan Gangguan Sekeliling

Bekerja dari rumah mungkin merupakan pengalaman kerja lebih selesa tetapi ia tidaklah bermaksud ia satu kawasan kerja yang ideal. Di rumah, gangguan sekeliling adalah merupakan antara cabaran terbesar.

Segalanya yang anda mahukan selepas waktu bekerja kini tersedia depan mata anda. Jika fokus di pejabat adalah sukar, di rumah lebih susah lagi untuk fokus.

Untuk permulaan, anda boleh melakukan kerja-kerja lain seperti makan ataumembasuh baju ketika waktu rehat. Namun perlu pastikan diri anda agar tidak mudah terganggu dan hanya fokus kepada kerja itu sahaja.

Anda juga boleh meletakkan ‘timer’ untuk mengingatkan anda kembali untuk kerja apabila terlalu lama membuat kerja lain. Di rumah, tiada siapa yang akan melihat anda seperti di pejabat, jadi anda perlu lebih berdisiplin.

5. Laptop Yang Sesuai Untuk WFH

Apalah gunanya tips untuk WFH tetapi tidak menggunakan laptop yang sesuai untuk bekerja.

Yang sebenarnya ada beberapa kriteria asas dalam pemilihan laptop untuk bekerja dari rumah seperti:

  • Binaan ringan dan nipis supaya mudah untuk digerakkan dan disimpan
  • Prestasi yang baik agar kerja anda tidak dibebani dengan perkakas yang perlahan
  • Wajib ada webcam terbina. Tidak perlu beli secara berasingan.
  • Bateri laptop tahan lama. Tidak perlu terlalu bergantung kepada kuasa pengecas.
  • Sokongan grafik yang minimum untuk tugasan berat dan juga berehat sebentar bermain permainan video.

Sehubungan dengan itu, antara laptop yang sesuai dan memenuhi kriteria tersebut adalah MSI Prestige 15.

Ia didatangkan dengan rekaan premium dan kemas serta nipis dan juga ringan. Pada 16.9mm dan 1.69kg, ia sangat mudah untuk dikendalikan ketika bekerja dari rumah.

Rekaannya juga sangat mesra pengguna dan ergonomik dengan papan kekunci yang dinaikkan 5 darjah untuk memudahkan sesi menaip apabila menggunakannya.

MSI Prestige 15 juga turut hadir dengan cip yang terkini dari Intel Gen-11. Tambahan pula, ia menggunakan SSD PCIe NVMe bersaiz 512GB yang juga dipadankan dengan RAM 8GB dengan kelajuan 3,200MHz. Pendek kata, prestasi tidak akan menjadi masalah ketika anda membuat kerja dengan spesifikasi sebegini.

Laptop dengan webcam terbina itu sudah biasa dijumpai. Namun untuk MSI Prestige 15, pengalaman panggilan video lebih jitu dengan MSI AI Noise Cancellation. Ia membantu mengurangkan bunyi hingar untuk kualiti video lebih tinggi ketika bersidang.

Jika anda mempunyai persekitaran yang bising, anda boleh menggunakan MSI AI Noise Cancellation untuk memastikan kualiti audio anda lebih jelas didengar.

Fungsi ini lebih membantu kerana anda tidak perlu lagi melabur terhadap fon telinga dengan ciri pembatalan hingar kerana ia sudah terbina dalam laptop itu sendiri.

Menggunakan MSI Prestige 15 untuk tujuan multimedia juga lebih memuaskan kerana dilengkapi dengan sistem audio Nahimic Hi-Res Certified. Ia meningkatkan lagi kualiti audio sedia ada jadi lagu yang anda dimainkan lebih lunak didengar.

Selain itu, MSI Prestige 15 juga dibina dengan skrin FHD IPS 15.6 inci dengan teknologi skrin yang sangat baik. Dengan ketepatan warna Delta < 2, Calman Verified, serta True Color Technology, laptop ini juga sangat sesuai untuk pereka grafik dan juga penyunting video.

Adakah penting sebuah laptop perlukan bateri yang lama? Ya, perlu kerana anda tidak selalu bergantung kepada kuasa pengecas yang boleh menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang.

MSI Prestige 15 boleh bertahan sehingga 16 jam jadi anda boleh memaksimumkan produktiviti anda tanpa mengecas laptop. Ia juga turut didatangkan dengan pengecasan berasaskan USB-PD menggunakan Type-C. Jadi pengecasnya lebih ringkas dan anda juga boleh menggunakan pengecasnya untuk mengecas telefon anda juga.

Selesai bekerja mungkin anda mahu merehatkan diri dengan bermain permainan video buat seketika. Walaupun MSI Prestige 15 nampak seperti laptop professional, ia tidak juga melupakan aspek permainan dengan meletakkan Nvidia GeForce MX450 2GB GDDR6. Bukan sahaja gaming, menyunting video dan gambar juga lebih pantas menggunakan grafik ini.

Menggunakan MSI Prestige 15, bukan sahaja laptop ini memudahkan saya membuat kerja dengan prestasi yang sangat baik, namun rekaannya yang kemas juga membantu saya membuat tugasan walau di mana sahaja seperti ruang tamu, balkoni, sofa dan lain-lain.

Jika berminat, anda boleh memiliki MSI Prestige 15 ini berharga RM3,999 melalui pautan di bawah:

  1. Shopee
  2. Lazada

 

*Artikel ini dibawakan oleh MSI Malaysia