Tidak kisah rumah kecil mahupun besar, pasti akan ada barang-barang lama yang tidak lagi digunakan. Kalau barang itu kecil, mudahlah untuk membuangnya. Jikalau perabot? Boleh sakit pinggang atau bahu dibuatnya.

Oleh yang demikian, sekiranya anda tinggal di negeri Selangor, anda boleh menggunakan aplikasi iClean Selangor. Ia bukanlah sebuah aplikasi baharu tetapi apa yang akan dilakukannya adalah perabot lama, barangan elektrik walaupun sudah rosak dan sebagainya akan dikutip secara percuma dari depan rumah anda.

Dengan ini, anda tidak lagi perlu pening kepala bagaimana untuk membuang barangan yang besar seperti almari, sofa dan lain-lain.

Cara menggunakan iClean Selangor:

Muat turun iClean Selangor di Android atau iOS.

Daftar akaun dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan anda. Kemudian buat laporan.

Seterusnya, anda akan dihubungi dalam tempoh 1-2 hari bekerja untuk pegawai mereka meminta gambar barang yang ingin dibuang. Pun begitu, sampah dari sisa makanan tidak boleh dibuang.

Gambar dari FB Azura Backar
Gambar dari FB Aizat Ismail

Akhir sekali, anda perlu menetapkan tarikh kutipan dan perlu meletakkan barangan tersebut di luar rumah sahaja. Menurut mereka, barangan ini akan dikutip dalam masa 24 jam sejurus anda dihubungi.

Buat pengetahuan, ini adalah senarai Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh mengambil barangan tersebut:

  1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  2. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
  4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
  5. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  7. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
  8. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
  9. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
  10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
  11. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  12. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Sumber: KDEB

Foto utama dan gambar dari: FB Aizat Ismail, FB Azura Backar

Baca juga: