Time mengumumkan pakej rangkaian gigabit mereka untuk pelanggan perumahan dengan menawarkan sebanyak 3 pilihan pakej.
Untuk pelanggan awal yang melanggan pakej gigabit ini, Time menawarkan pada harga diskaun sebanyak 50% untuk semua pakej Gig Speed Home Fiber-To-The-Room (FTTR)
Pakej pertama adalah berharga RM1,320 untuk keluasan rumah 1,000 kakipersegi dan 2 bilik, pakej kedua berharga RM1,800 untuk keluasan 1,8000 kaki persgi dan 3 bilik dan pakej ke-3 berharga RM2,160 untuk keluasan 2,000 kakipersegi dan 4 bilik.
Kesemua pakaej ditawar dengan kontrak selama 24 bulan. Walau bagaimanapun, pelan pembayaran 24 bulan ini hanya dibuka kepada pelanggan Malaysia melebihi 6 bulan tanpa bayaran tertunggak sahaja.
Untuk makluman anda juga, pakej ini tersedia untuk bangunan terpilih sahaja, Pakej Gig Speed Home Fiber-To-The-Room (FTTR) Time ini juga hanya tersedia secara eksklusif kepada pelanggan Time Fiber Home sahaja.
Pelanggan sedia ada perlu menaik taraf kepada 1Gbps terlebih dahulu untuk membolehkan mereka layak melanggan Gig Speed Home (FTTR) Time ini.
Gig Speed Home (FTTR) Time membawakan setiap ruang dan juga di dalam bilik di rumah anda dengan sambungan fiber yang menyampaikan kelajuan sehingga 1Gbps ke setiap pelosok rumah anda.
Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi Time.com.my.
{suggest}