Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
time ceo

TIME: CEO Kami Tak Bersalah, Pengeluar Artikel Fitnah Disaman

Posted on Jun 15, 2022Jun 15, 2022

TIME dotCom Berhad (TIME) telah mengeluarkan kenyataan untuk menyangkal dakwaan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Afzal Abdul Rahim, telah ditahan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan dari TIME tersebut, insiden yang dilaporkan itu tidak ada kena-mengena dengan CEO mereka.

Syarikat telekomunikasi itu sedar bahawa beberapa laman web tabloid yang banyak mengeluarkan artikel “clickbait” dengan sengaja telah mengaitkan Afzal dengan tahanan reman terhadap individu berusia 43 tahun yang tidak berkaitan sama sekali oleh SPRM kerana disyaki meminta dan menerima bayaran projek menara telco.

Menurut TIME, cubaan seperti itu jelas bersifat fitnah dan mereka telah mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web tersebut dan telah memfailkan aduan dengan SKMM dan pihak polis.

Tambahnya lagi, perbuatan berunsurkan fitnah dan berniat jahat ini tiada sebab lain hanya untuk mencari keuntungan.

Lembaga pengarah syarikat memandang serius isu ini dan komited untuk mengambil setiap tindakan yang diperlukan untuk membawa laman web “celebseek.com” dan pemiliknya ke muka pengadilan.

Sewaktu penulisan ini diterbitkan, didapati artikel tersebut tidak lagi boleh diakses di laman web  “celebseek.com”.

Sumber: Siaran akhbar TIME

Baca juga:

  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
  • 200 Tiang Lampu Jalan Dengan 5G Akan Dibina Di Kuala Lumpur
  • Laman Web Ini Didakwa Mampu Beri Data Terperinci Rakyat Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress