Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tim Cook Jumpa Perdana Menteri Vietnam, Azam Mahu Luaskan Operasi Di Sana

Posted on Mei 19, 2022Mei 19, 2022

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah bertemu bertemu dengan CEO Apple, Tim Cook sewaktu di Apple Park, California baru-baru ini.

Antara perkara dibincangkan termasuklah tentang pelaburan, perniagaan dan kewangan Apple-Vietnam.

Portal SGGP melaporkan kerajaan Vietnam mahukan persekitaran perniagaan dengan pasaran yang adil dan telus bagi memboleh ia mendapat pelabur dan syarikat dari AS bertapak di sana.

Tim Cook dalam pada itu berterima kasih pada Vietnam kerana menyediakan persekitaran perniagaan yang baik untuk pengoperasian Apple dan memberitahu bahawa mereka mahu melebarkan lagi rantaian bekalan di negara Asia tersebut.

Sejak beberapa tahun ini, Apple telah mula memindahkan operasi mereka ke negara seperti Vietnam dan India untuk mengurangkan kebergantungan pada kilang-kilang di China.

Antara produk dipasang di Vietnam ialah AirPods Pro, iPad dan HomePod mini.

Foxconn, pembekal Apple pada tahun lalu diberikan lesen untuk membangunkan kilang bernilai RM1.2 bilion ($270 bilion) di Vietnam.

Iini selepas Apple meminta Foxconn memindahkan pemasangan iPad dan Macbook dari China ke Vietnam.

Sumber: Macrumors

Baca juga:

  • Jokowi Jumpa Elon Musk Bincang Soal Nikel, Mungkin Ke Indonesia November Ini
  • Amazon Sedia Labur Besar, Buka Pusat Data Di Malaysia – Azmin Ali
  • Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress