Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Larangan Aplikasi Di Montana, TikTok Fail Saman

Posted on Mei 23, 2023Mei 23, 2023

TikTok kini dilapor telah memfailkan tuntutan mahkamah bagi mencabar keputusan pengharaman penggunaan aplikasi itu di Montana.

{suggest}

TikTok mendakwa sekatan penggunaan aplikasi itu melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat (AS), termasuk Pindaan Pertama, serta undang-undang persekutuan lain. Syarikat itu juga mendakwa kebimbangan bahawa kerajaan China boleh mengakses data pengguna TikTok AS itu adalah tidak berasas.

Wakil TikTok dalam satu kenyataan berkata pihaknya mencabar keputusan tersebut bagi melindungi perniagaan dan ratusan ribu pengguna TikTok di Montana.

Sementara itu, jurucakap Peguam Negara Montana menyatakan pihaknya menjangkakan tindakan tersebut dan bersedia sepenuhnya untuk mempertahankan undang-undang yang membantu melindungi privasi dan keselamatan negeri itu.

Terdahulu, rang undang-undang yang telah ditandatangani oleh Gabenor Montana Greg Gianforte, akan mengenakan denda $10,000 (~RM45,480) sehari ke atas TikTok jika aplikasi itu masih tersedia untuk peranti pengguna di negeri itu, berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Sumber: CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress