Bila bercakap tentang mencari pekerjaan, pasti dikaitkan dengan aplikasi LinkedIn. Namun, aplikasi popular TikTok kini menjadikan diri mereka sebagai salah satu platform untuk mencari kerja.

Dengan memperkenalkan TikTok resumes, ia membenarkan penggunanya untuk memuat naik resume berbentuk video. Bahkan, TikTok turut menggalakkan calon untuk menunjukkan kreativiti serta kemahiran yang mereka ada dalam video.

Setakat ini, antara syarikat yang telah mengiklan jawatan kosong di platform ini termasuk Chipotle, Target, WWE, Alo Yoga, Shopify, Contra, Movers+Shakers dan banyak lagi. Buat masa sekarang, ia terhad di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Nampaknya TikTok kini bersungguh-sungguh dalam menawarkan pelbagai fungsi baharu kepada penggunanya. Secara tidak langsung menggugat pesaingnya. Jika anda tidak tahu, Facebook juga boleh dijadikan tempat untuk memohon pekerjaan.

Sumber: TikTok

Baca juga – Guna ‘Setting’ YouTube Ini Agar Anak-Anak Tak Tonton Video Tidak Bermoral

Baca juga – Lagi Telefon Pintar Xiaomi Didakwa Meletup

Baca juga – Instagram Mahu Berevolusi Menjadi Seperti TikTok