Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok

TikTok Dilapor Sedang Uji Ciri Baharu, Boleh Tonton FYP Tanpa Gangguan

Posted on Jun 1, 2022

TikTok dilaporkan sedang menguji satu ciri baharu dengan pengguna terpilih yang membolehkan pengguna menonton video tanpa gangguan pada platform.

Ciri baharu yang dipanggil “clear mode” ini “membersihkan” gangguan pada skrin seperti kapsyen dan butang untuk pengguna menatal kandungan pada aplikasi.

Seorang pengguna di Twitter, Matt Navarra, melihat ciri itu dan berkongsi tangkap layar yang menunjukkan bahawa apabila “clear mode” dihidupkan, pengguna tidak akan melihat nama pengguna, kapsyen, atau maklumat audio lagi.

TikTok is testing ‘Clear Mode’ for a distraction-free viewing experience https://t.co/HmEur1qfDa pic.twitter.com/jAIUC6vFse

— Matt Navarra (@MattNavarra) May 26, 2022

Dilaporkan pengguna juga boleh menyembunyikan ciri suka, komen, dan kongsi supaya boleh menikmati pengalaman tontonan yang bebas gangguan.

Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi tentang pelancaran ciri ini.

Sumber: TechCrunch

Gambar utama: Matt Navarra

Baca juga:

  • TikTok Akan Lancar Langganan ‘Live Streaming’ Mulai 26 Mei
  • TikTok Disaman Oleh Seorang Ibu, “Blackout Challenge” Punca Anak Meninggal Dunia
  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress