Sekiranya anda masih berhajat untuk memiliki telefon Redmi tetapi mungkin terlepas semasa jualannya di Shopee dan Lazada baru-baru ini, anda tidak perlu berduka kerana Xiaomi akan mengadakan promosi terhad bermula esok, 6 April sehingga 11 April 2021.
Tiga telefon Redmi yang menerima potongan harga adalah Redmi Note 9, Redmi 9C dan Redmi Note 10.
Berikut adalah harga promosi bagi kesemua model telefon tersebut:
**Klik harga untuk membeli
- Redmi Note 9 (3GB+64GB) – RM399
RM649 - Redmi Note 9 (4GB+128GB) – RM499
RM699 - Redmi 9C (2GB+32GB) – RM339
RM429 - Redmi Note 10 (4GB+64GB) – RM649
RM699
Bagi Redmi Note 9, 60 pembeli terawal bakal menerima Mi Fan Festival T-Shirt secara percuma. Sementara bagi Redmi Note 10 pula, setiap pembelian akan menerima pembesar suara Bluetooth Mi Compact. Manakala 50 pembeli terawal berpeluang memiliki MFF Mi Bunny.
Jika berminat, promosi tersebut berlangsung untuk tempoh yang terhad dan hanya boleh dibeli melalui Shopee dan Lazada.
Sumber: Xiaomi