Seperti dijangka, tahun ini bakal diserikan dengan kemunculan pelbagai telefon pintar boleh lipat oleh jenama-jenama selain Samsung.

Memetik laporan The Elec, Samsung akan menghasilkan paparan OLED Ultra Thin Glass (UTG) secara besar-besaran untuk Google, Xiaomi, dan vivo bermula Oktober ini.

Seperti sedia maklum, ketiga-tiga jenama ini dikhabarkan ingin mengumumkan peranti boleh lipat mereka menjelang hujung tahun 2021 ini.

Untuk Google, mereka akan menggunakan paparan dalam lipatan berukuran 7.6-inci manakala vivo akan hadir dengan paparan boleh lipat berukuran 8-inci.

Dimensi skrin untuk peranti boleh lipat Xiaomi masih tidak diketahui.

Baca juga – OPPO Dan Vivo Dilapor Sedang Hasilkan Telefon Boleh Lipat

Selain itu, telefon boleh lipat OPPO dengan rekaan seperti kerang (clamshell) dengan paparan LTPO 7.1-inci juga menggunakan paparan oleh Samsung. Namun, pelancarannya dilaporkan telah ditangguh ke tahun 2022.

Sumber: gsmarena