Rockstar sebelum ini dilaporkan untuk memberikan sentuhan baharu buat permainan lama mereka ketika era PlayStation 2, iaitu Grand Theft Auto (GTA) III, Vice City dan juga San Andreas.

Kini, Kotaku mengatakan bahawa tiga permainan tersebut akan menerima versi remastered. Pembaharuan tersebut mungkin akan dibangunkan dengan Unreal Engine dan grafiknya tampil dengan elemen baharu serta era PS2 bersama-sama kemas kini antara muka.

Pada awalnya, ia dirancang akan diberi percuma sekiranya pemain membeli GTA 5 untuk konsol baharu – PS5 atau Xbox Series X/S. Akan tetapi, ia dijangka ditawarkan lebih banyak platform seperti PS4, Xbox One, Switch, PC, Stadia dan juga telefon pintar.

Bagaimanapun, mereka ingin memfokuskan permainan untuk konsol terlebih dahulu dan tidak pelik kerana GTA 5 di PC juga dilancarkan agak lewat.

Buat masa sekarang, GTA remastered ini dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, iaitu sekitar penghujung Oktober atau awal November.

Sumber: Kotaku

Foto utama: gamerant

Baca juga: