Umum mengetahui, ciri pembayaran Apple Pay secara rasmi sudah diaktifkan dan boleh digunakan di Malaysia bermula semalam. Buat masa ini, antara yang menyokong pembayaran Apple Pay termasuk semua kad Maybank, kad kredit Ambank dan Standard Chartered.
{suggest}
Namun, dalam kesibukan untuk mengaktifkan ciri pembayaran tersebut, ada sesetengah daripada pengguna Maybank yang tidak dapat mengaktifkannya. Ini kerana mereka tidak menerima kod pengesahan bagi mengaktifkan kad tersebut, walaupun sudah memilih “Text Message” sebagai pilihan pengesahan kad.
Jadi, apa yang perlu dilakukan?
Caranya mudah, pengguna Maybank yang mengalami isu tersebut hanya perlu membuat panggilan ke nombor khidmat pelanggan Maybank di talian 1300-88-6688 atau 03-7844-3696.
Setelah itu, nyatakan tujuan untuk kemaskini nombor OTP dan berikan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad debit/kredit/MAE, nama penuh, nombor kad pengenalan dan jenis kad yang digunakan. Contohnya seperti kad debit, credit atau MAE dan lain-lain.
Anda akan menerima notifikasi SMS yang menyatakan nombor telefon sudah berjaya dikemaskini dan diaktifkan.
Kemudian, anda perlu mengeluarkan semula kad yang sudah didaftarkan daripada Apple Wallet. Caranya, pergi ke Setting > Wallet & Apple Pay > pilih Maybank Card > tatal ke bawah > pilih “Remove This Card” dan tekan “Remove”.
Setelah itu, masukkan semula nombor kad di aplikasi Wallet. Isi segala maklumat yang diperlukan seperti sebelum ini. Akhir sekali, pilih “Text Message” sebagai pilihan pengesahan dan anda akan menerima token nombor bagi pengesahan kad melalui SMS. Isi nombor token tersebut dan tekan “Next”.
Selesai. Itu sahaja tips kali ini, semoga ia memberi manfaat untuk anda. Jika ada sebarang komen, tinggalkannya di bawah.