Pertama kali meluncur untuk dimainkan pada 1998, Capcom kini sudah dalam fasa bersiap sedia untuk melancarkan versi remake Resident Evil 2 pada Januari tahun hadapan.
Bagi yang tertanya-tanya berapakah kapasiti saiz permainan video terbaru ini, Resident Evil 2 (2019) memerlukan ruang sekitar 21.07GB untuk disimpan didalam konsol Xbox One. Bagi PlayStation 4 pula, saiznya berkemungkinan lebih kurang sama.
Informasi saiz ini dilihat tertera pada halaman pra-tempah pada Microsoft Store untuk Amerika Syarikat.
Ura-ura juga ada menyatakan yang mana versi ini akan lebih menarik dengan jalan cerita yang dikembangkan dari versi awal.
Sumber: Microsoft Store