Skuter elektrik merupakan pengangkutan alternatif kepada masyarakat untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Namun begitu, penggunaannya diatas jalan raya  dilaporkan mengganggu serta berisiko mendatangkan bahaya kepada pengguna yang lain.

Lanjutan daripada isu tersebut, penunggang skuter elektrik yang melalui jalan raya di Kuala Lumpur bakal berhadapan tindakan undang-undang bermula 1 Januari 2021 hadapan.

Ia merupakan kesalahan dibawah Seksyen 54 APJ 1987 yang mana pesalah akan didenda sebanyak RM300 bagi kesalahan pertama. Sementara itu, kesalahan kedua pula memperuntukkan denda sebanyak RM1000 atau penjara tiga bulan.

Difahamkan juga, sekiranya mahu menunggang skuter elektrik diatas jalan raya, penunggang perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah JPJ.

Penggunaan skuter elektrik dibolehkan di lokasi yang digazetkan iaitu taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki serta pusat beli-belah di ibu negara.

Sumber: Astro Awani