Apple mengesahkan acara pada minggu hadapan yang mana barisan iPhone 13 bakal dilancarkan secara rasmi. Namun, “iPhone 14” pula yang menjadi sohor kini (trending) di media sosial.

Malam tadi, Jon Prosser dengan kerjasama RendersbyIan mendedahkan konsep awal bagi peranti iPhone untuk tahun hadapan. Apa yang menarik tentangnya adalah rekaan tanpa takuk.

Bukanlah kali pertama kita dengar desas-desus takuk pada iPhone. Ming-Chi Kuo juga berpendapat iPhone tanpa takuk akan tiba juga nanti. Akan tetapi, tiada kamera di bawah skrin. Sebaliknya, konsep diperlihatkan itu mirip peranti Android masa sekarang, iaitu paparan berlubang.

Selain itu, “iPhone 14” juga dikatakan mempunyai rekaan baharu yang bingkai atau sisinya daripada aloi titanium dan butang laras audio mirip iPhone 5.

Walaupun spekulasi ini masih terlalu awal, tetapi Jon Prosser mempunyai rekod agak baik dalam mendedahkan rekaan peranti Apple yang baharu seperti AirTag, warna baharu iMac dan AirPods Max.

Jadi, adakah anda sedang menunggu iPhone 13 atau “iPhone 14” atau akan terus menunggu lagi sehingga “iPhone 20”?

Bagi peminat Apple, anda boleh tonton acara minggu hadapan di laman rasmi Apple pada 15 September jam 1 pagi waktu tempatan.

Sumber: FPT

Baca juga: