Beberapa hari yang lepas, ramai individu yang sudah menerima tarikh janji temu untuk dos kedua vaksin. Sungguh pun begitu, masih ramai lagi yang belum menerima dos pertama.

Lebih yang menimbulkan rasa marah apabila golongan yang sudah mendaftar sejak Februari masih lagi dalam status penilaian (assessment). Walhal terdapat individu yang baru sahaja mendaftar bulan lalu telah menerima tarikh dos kedua.

Disebabkan ini, ada yang cuba menjadi individu serba tahu dengan mengajar atau memberikan tips bagaimana cara mendapatkan tarikh vaksin yang cepat seperti membuat aduan menerusi MySejahtera HelpDesk.

Oleh itu, bagi meredakan keadaan, pihak KKM telah menyatakan bahawa cara tersebut adalah tidak benar kerana tiada jalan pintas (shortcut) untuk mendapatkan janji temu vaksin.

Selain itu, tarikh janji temu akan diberikan secara automatik dan berperingkat. Tambahan lagi, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak ke HelpDesk bagi tujuan tersebut kerana ia akan mengganggu aduan lain yang dihantar.

Sumber: KKM

Baca juga – Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini

Baca juga – Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kini Boleh Dilakukan Dengan Dua Kaedah Baru