realme Narzo 30 dan Narzo 30A telah tiba di tanah air beberapa bulan yang lalu. Kini, mereka sedia menawarkan pengganti buat siri tersebut.

Menurut laporan terbaru, telefon pintar realme dengan model RMX3430 sudah menerima pengesahan di India (BIS) dan Thailand (NBTC). Namun, tiada maklumat lain berkaitan spesifikasinya tetapi ia bukanlah sebuah peranti dengan rangkaian 5G.

Walau apa pun, tidak pelik jika realme melangakau siri Narzo 40 kerana sebelum ini juga tiada telefon pintar mereka dengan nombor tersebut.

Tambahan lagi, siri Narzo 50A ini pasti akan meneruskan legasi realme dalam menawarkan telefon pintar yang mengkhususkan permainan mudah alih.

Sumber: @yabhishekhd

Baca juga: