Kementerian Komunikasi Dan Multimedia hari ini menafikan tentang berita palsu yang tular yang berkaitan dengan larangan keluar rumah selepas jam 6.00 petang.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Pasukan Respon Pantas KKMM, Ketua Polis Daerah Sentul menafikan kesahihan video yang mendakwa individu yang keluar rumah selepas jam 6.00 petang selain untuk urusan kecemasan, hospital dan klinik akan ditahan.

Tindakan penahanan itu kononnya didakwa diarahkan oleh Ketua Polis negara yang berkuatkuasa hari ini seperti yang ditularkan di media sosial.

PDRM menjelaskan bahawa orang ramai masih dibenarkan untuk keluar membeli makanan dan keperluan asas lain pada waktu kedai beroperasi sehingga jam 8.00 malam sepertimana yang termaktub dalam prosedur operasi standad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 1 Jun 2021.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat atau palsu kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Sumber: KKMM