Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tiada Lagi Tontonan Percuma Dengan Iklan Di Crunchyroll

Posted on Mac 28, 2022

Crunchyroll merupakan sebuah platform penstriman khusus buat peminat anime. Sebelum ini, pengguna dapat menontonnya dengan percuma biarpun ia mempunyai iklan dan tarikh siarannya seminggu lebih lambat selepas ia ditayangkan secara rasmi di Jepun.

Namun, selepas ini tidak lagi apabila Crunchyroll telah mengumumkan bahawa mereka mengemaskini pelan tersebut.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, mereka menamatkan terus fungsi tontonan (simulcasts) percuma bagi mana-mana siri anime terbaharu bermula musim bunga ini. Berikut adalah anime terbaharu yang akan terkesan dengan “langganan” tersebut:

  • Spy x Family
  • Skeleton Knight in Another World
  • A Couple of Cuckoos
  • Trapped in a Dating Sim: The World of Otome Games is Though for Mobs
  • Tomodachi Game
  • Shikimori’s Not just a Cutie
  • The Dawn of the Witch
  • The Greatest Demin Lord is Reborn as a Typical Nobody

Bagaimanapun, Crunchyroll masih bermurah hati dengan memberikan tiga episod awal bagi anime yang dinyatakan itu secara percuma dengan iklan tetapi ia hanya boleh ditonton sehingga 31 Mei sahaja.

Tambahan lagi, segala anime yang sudah tersedia di platform ini masih lagi boleh distrim oleh mana-mana pemegang akaun.

Bermakna, sekiranya mahu menikmati anime baharu di Crunchyroll, anda wajib melanggan pelan, iaitu serendah USD7.99 (~RM34) sebulan.

Sumber: gizmodo

Baca juga:

  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

  • Bajet Hanya RM1000, Telefon Kelas Pertengahan Ini Adalah Peranti Yang Anda Cari-Cari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress