Terdahulu, Instagram sedang menguji fungsi kongsi pautan (link) melalui pelekat (sticker) di Stories. Kini, ia nampaknya akan rasmi buat pengguna tidak lama lagi.

Menurut laporan, Instagram mengesahkan bahawa ia bukanlah satu fungsi tambahan. Namun sebenarnya mereka membuang ciri “Swipe Up” dan menggantikannya dengan pelekat bermula 30 Ogos 2021.

Bermakna, selepas ini anda tidak lagi perlu “Swipe Up” untuk membaca artikel misalnya tetapi anda perlu klik pautan yang terpapar. Instagram berkata bahawa fungsi itu membenarkan pengguna untuk menghantar mesej atau memberi reaksi pada stories tersebut yang mana sebelum ini tidak boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun, ia masih lagi terhad untuk akaun yang mempunyai jumlah pengikut melebihi 10 ribu terlebih dahulu. Instagram menyatakan mungkin mereka akan menawarkannya kepada semua pengguna pada masa hadapan.

Sumber: verge

Baca juga: