Adakah anda pengguna tegar Shopee? Mungkin ini adalah berita yang kurang enak bagi anda kerana bermula 17 Jun 2021, Shopee akan menggunapakai penghantaran standard.

Penghantaran baharu itu adalah serendah RM2 dan kata mereka ini memberikan kebaikan buat pembeli. Dengan kawalan dari Shopee, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kualiti penghantaran dengan memilih kurier yang terbaik dan mengelakkan pakej/parcel diterima lewat oleh pembeli.

Mungkin ada yang sudah menerima notifikasi ini daripada Shopee dan telah menggunakan servis baharu tersebut. Jadi, apa pendapat anda sebagai pembeli? Adakah ia bagus atau tidak?

Sumber: Shopee