Perniagaan dalam talian sudah mula digunakan oleh ramai individu pada masa kini. Salah satu platform yang sering digunakan adalah WhatsApp.

Seperti yang diketahui, WhatsApp Business telah banyak menerima penambah baikan. Selepas ini, privasi pengguna akaun WhatsApp Business mungkin akan lebih baik.

Hal ini kerana WABetaInfo melaporkan yang mana WhatsApp telah menyembunyikan ciri “online status” bagi akaun bisnes untuk pengguna beta di peranti Android.

Gambar dari WABetaInfo

Bermakna, pemilik akaun WhatsApp Business tidak lagi akan dipaparkan “online” atau “last seen today at..”.

Pun begitu, sekiranya tiada perubahan pada versi beta ini pada masa hadapan, ia mungkin akan ditawarkan juga pada peranti iOS serta WhatsApp Web.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga – Cara “Unlist” Nombor Telefon Anda Dari Truecaller

Baca juga – Kemas Kini WhatsApp Akan Datang Bakal Ada Fungsi Macam Instagram

Baca juga – Cara Menukar Bunyi Notifikasi Di Peranti Android