Ciri pemberitahuan pendedahan COVID-19 telah ditambahkan pada Android dan iOS oleh kerjasama Google dan Apple pada tahun 2020 untuk membantu pengguna peranti pintar cakna dengan keadaan sekeliling mereka sama ada terkesan dengan virus itu ataupun tidak. Namun kini, ciri ini semakin hilang dari pengetahuan kita.
Hal ini kerana Google telah membuang ciri itu daripada Android. Pemberitahuan pendedahan COVID-19 ini kebiasaannya akan berada di paparan ‘Settings‘ Google apabila anda menekan ikon profil anda. Perubahan ini telah dilaksanakan dalam kemas kini perkhidmatan Google Play 23.42.
Tambahan pula, kebanyakan negeri di Amerika Syarikat telah menutup operasi untuk pemberitahuan pendedahan ini kerana kecemasan kesihatan pandemik COVID-19 ini dianggap telah berakhir walaupun penyakitnya masih wujud.
Pada bulan Mei yang lalu, Apple juga telah memberitahu pengguna iPhone yang mereka boleh menghentikan pemberitahuan pendedahan ini daripada peranti mereka.
{suggest}
Sumber: 9to5Google