Pada November tahun lalu, Twitter telah melancarkan ciri Fleets seakan ‘Stories’ yang akan hilang selepas 24 jam di Instagram. Terkini, Twitter mengumumkan akan menamatkan ciri tersebut bermula 3 Ogos nanti.

Menurut Twitter, pada mulanya ciri itu diharapkan dapat menggalak lebih ramai orang menyertai perbualan terutama pengguna baharu. Malang sekali ia tidak mendapat sambutan dan kurang digunakan semenjak diperkenalkan.

Oleh itu, Twitter memutuskan untuk ‘mematikan’ ciri tersebut dan akan fokus memperbaiki perkara lain disamping mengusahakan ciri baru.

Baru-baru ini pelbagai ciri baru yang berkemungkinan ditambah kerap dikongsi dan Twitter juga ada melancarkan Twitter Blue dan Tip Jar.

Agak-agak ciri apa pula akan diperkenalkan pada masa akan datang? Mungkin mereka perlu pertimbangkan tuntutan yang sering diminta iaitu “Edit Button” atau butang sunting ciapan.

Sumber: theverge

Baca juga – SKMM Diam-Diam Kembali Ke Twitter

Baca juga – Tak Perlu “Screenshot”, Twit Dari Twitter Dah Boleh Kongsi Ke IG Stories