CEO studio CD Projekt Red, Adam Kiciński telah mengusik kita akan kemungkinan game The Witcher baharu tidak lama lagi.
Dalam 6 bulan lepas, kita telah mendengar khabar angin bahawa CD Projekt akan memperkenalkan The Witcher 4 dengan sebagai siri pertama untuk saga baharu yang akan diperkenalkan.
{suggest}
Berkemungkinan besar, saga ini akan merangkumi 3 games Witcher (Trilogi) yang akan dibawa berbanding hanya 1 game sahaja.
Kiciński juga menyatakan:
“We are in pre-production phase, this is the first phase of development… As for now, we are where we should be.”
Itu bermaksud kita bakal melihat The Witcher 4 berada dalam fasa pembangunan seperti yang telah dijadualkan.
Yang pastinya, Geralt of Rivia bukanlah protagonis bagi siri baharu ini dan mungkin karakter Ciri adalah pengganti bagi watak Geralt nanti.
Sumber: Gameranx