The Umbrella Academy kembali untuk musim kedua di Netflix pada hari Jumaat ini, 31 Julai 2020. Netflix mengambil langkah bijak dengan memberi penampilan awal adegan pembukaan musim baru tersebut semalam melalui laman Twitter Netflix UK & Ireland.
Kita sedia tahu bahawa musim pertama telah menyaksikan watak utama melompat ke pusaran waktu untuk melarikan diri dari pengakhiran dunia. Kini, dari adegan pembukaan di bawah, anda akan dapat melihat adik-beradik ini berada pada tahun 1963 ketika pencerobohan Soviet.
https://twitter.com/NetflixUK/status/1288459476023095298
Dalam klip di atas, Five jatuh dari pusaran yang berpusing pada 25 November 1963 di tengah pekan Dallas yang sedang terbakar. Dalam masa yang sama, kereta-kereta kebal Soviet sedang menyerbu pekan tersebut, dan tentu saja, adik-beradiknya juga berada di situ. Seperti semua adegan aksi ikonik dalam siri itu, pilihan muzik yang tidak dijangka mula dimainkan iaitu My Way oleh Frank Sinatra.
Berdasarkan komik hasil karya Gerard Way, The Umbrella Acedemy mengisahkan enam adik-beradik yang mempunyai kuasa luar biasa. Dibesarkan oleh seorang bapa yang eksentrik dan sangat tegas, adik-beradik ini bersatu semula selepas kematiannya.
Musim pertama berakhir dengan pengakhiran dunia dan enam beradik ini melompat melalui pusaran masa yang berpusing, yang nampaknya telah membawa mereka ke tahun 1960-an.
Saksikan siri The Umbrella Academy musim kedua di Netflix 31 Julai ini.
Sumber: Digital Spy
Baca seterusnya: Filem Aksi Hebat Yang Didominasi Oleh Pelakon Wanita