Tesla secara rasmi telah mengiklankan model Y untuk dibeli pengguna di Malaysia. Ia bermula pada harga RM199,000.
- Model Y pacuan roda belakang (RWD) – RM199,000
- Model Y Long Range pacuan 4 roda (AWD) – RM246,000
- Model Y Performance pacuan 4 roda (AWD) – RM288,000
Untuk Enhanced Autopilot dan mod swapandu penuh, pengguna perlu menambah lagi daripada RM16,000 ke RM30,000.
Dari segi jaminan, ia hadir dengan Basic Vehicle Warranty iaitu selama 4 tahun atau 80,000, yang mana dulu.
Battery & Drive Unit Warranty pula datang dengan 8 tahun atau 160,000km (yang mana dulu) dengan retention minimum 70% kapasiti bateri sepanjang tempoh jaminan.
{suggest}
Berminat? Anda boleh laman web Tesla Malaysia melalui pautan INI.
Tesla Malaysia akan melangsungkan acara pelancaran pada 20 Julai ini.
Sumber: Tesla