Berdasarkan Digital Chat Station, siri realme GT Neo 5 akan dilancarkan dengan sokongan pengecasan pantas hingga 240W. Kemampuan pengecasan tersebut jauh 2 kali lebih berkuasa daripada pengecas 120W Xiaomi 12 Pro.
Kenapa GT Neo 5?
Tahun 2022 ini, realme telah melancarkan siri GT Neo 3 dan didakwa akan melangkau angka 4 untuk siri yang seterusnya. Hal ini demikian kerana angka 4 itu dianggap tidak bertuah atau malang di China.
2 Model Mungkin Diperkenalkan
Berdasarkan gambar tersebut, terdapat 2 model yang akan diperkenalkan realme untuk siri GT Neo 5 ini. Selain itu, kedua-dua peranti tersebut dikatakan guna bateri jenis dwi-sel.
Model BLP985 akan menggunakan 2 bateri berkapasiti 2,425mAh setiap satu dan mempunyai kapasiti penuh 5,000mAh. Model ini akan dipadankan teknologi pengecasan pantas 150W.
Model BLP987 pula dipadankan 2 bateri yang berkapasiti 2,225mAh setiap satu. Berbanding model BLP985, model ini mempunyai kapasiti lengkap sebesar 4,600mAh tetapi dengan teknologi pengecasan pantas paling berkuasa, 240W.
{suggest}
Setakat ini, itu sahaja maklumat yang kami dapat perihal siri GT Neo 5 ini dan berkemungkinan besar ia akan hadir pada pertengahan pertama tahun 2023 depan.
Sumber: My Smart Price