Setiap orang mungkin merasakan satu mimpi ngeri apabila telefon yang dipegang tiba-tiba terjatuh ke lantai. Anda juga mungkin tidak pernah membayangkan apa akan terjadi sekiranya telefon terjatuh dari ketinggian lebih 300 meter.

Namun, itulah yang terjadi kepada seorang pembuat filem dokumentari dari Brazil, Ernesto Galiotto. Beliau secara tidak sengaja telah menjatuhkan iPhone 6s dari ketinggian lebih 300 meter.

Perkara ini berlaku apabila Galiotto memegang iPhone 6s dengan sebelah tangan untuk merakam video melalui tingkap kecil pesawat, namun angin yang kuat telah membuatkannya terlepas dan terjatuh.

Beliau kemudian cuba untuk mengesannya melalui Find My App dan mendapati iPhone 6s berada atas pasir di tengah pantai serta masih berfungsi dengan baik.

Lebih mengagumkan, hanya terdapat beberapa kesan calar pada iPhone 6s setelah terjatuh dari pesawat itu. Peranti itu hanya dilindungi oleh sarung silikon biasa dan pelindung skrin.

Sumber: G1 via 9to5Mac

Beli iPhone melalui:
Lazada (https://invol.co/cl1orf4)
Shopee (https://invol.co/cl1orew)