Jika anda mahukan sebuah permainan komputer Windows bergenre pengembaraan dan padat dengan aksi lawan, ada berita baik untuk anda kerana platform permainan popular, Epic Games sedang menawarkan bukan satu tetapi 2 judul permainan dalam genre itu yang boleh dimuat turun secara percuma.
Guacamelee! 2 dan Guacamelee! Super Turbo Championship Edition yang masing-masing berharga RM49 dan RM38.50 ini boleh dimuat turun dengan percuma untuk masa terhad iaitu sehingga 22 Jun 2023, jam 11.00pm.
Dibangun dan diterbitkan oleh DrinkBox Studios, Guacamelee! 2 menerima rating dari pemainnya sebanyak 4.6 bintang dan Guacamelee! Super Turbo Championship Edition pula menerima rating sebanyak 4.2 bintang.
Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan 2 game ini di komputer Windows anda:
Guacamelee! 2 dan Guacamelee! Super Turbo Championship Edition boleh dimuat turun dari Epic Games Store.
{suggest}