Laman FOX13 melaporkan, seorang pembeli konsol PlayStation 5 telah menjadi mangsa scam apabila konsol yang ditempahnya tidak terimanya.

Sebaliknya yang diterima mangsa adalah sebuah blok konkrit.

Menurut laporan tersebut, Jabatan Polis Orem, Utah, Amerika Syarikat mengesahkan seorang lelaki berusia 38 tahun telah menempah sebuah konsol PS5 dari laman eBay pada harga USD878.

Walhal harga jualan konsol tersebut hanya berharga USD499 di pasaran Amerika.

Mangsa amat terkejut apabila membuka pakej yang ditempahnya selepas mendapati hanya satu blok konkrit sahaja yang ada di dalam pakej yang diterima.

Walaubagaimanapun, polis memaklumkan mangsa tersebut sepatutnya boleh mendapatkan kembali wang yang telah dibayarnya kerana ciri perlindungan antara pembeli dan penjual yang disediakan eBay.

Sebelum ini telah dilaporkan pembeli PS5 yang tidak sabar mendapatkannya lebih awal turut menjadi mangsa penipuan selepas mereka membeli konsol permainan terbaru Sony itu dari Amazon.

Sumber: FOX13