Semalam, Apple dilaporkan telah disaman oleh sekumpulan NGO berikutan tidak membuang aplikasi Telegram dari App Store, yang dikatakan telah digunakan oleh kumpulan ekstremis untuk menyerang Capitol pada awal Januari lalu.

Syarikat itu didakwa gagal mengikuti polisi dan garis panduannya sendiri mengenai kandungan aplikasi yang berkaitan Telegram. Sebagai tambahan, Apple juga dikatakan tidak berlaku adil dalam mengaplikasikan peraturannya.

Terbaru, Telegram menyatakan pihaknya telah memadam ratusan saluran dan menyekat panggilan awam berunsur keganasan yang boleh menjangkau puluhan ribu pengguna.

Pihaknya juga masih meneruskan proses laporan daripada pengguna untuk menghapuskan kandungan yang menimbulkan keganasan secara proaktif.

Dalam masa yang sama, Telegram mengatakan Amerika Syarikat hanya mewakili 2% daripada pangkalan pengguna mereka.

Sumber: Telegram via Gizmodo