Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telegram Premium Itu Pasti, Bakal Dilancarkan Bulan Ini

Posted on Jun 12, 2022

Teka-teki berakhir, segala kekeliruan dan persoalan akhirnya terjawab di mana Telegram kini bakal menawarkan ciri Telegram Premium pada bulan ini. Perkara tersebut disahkan pengasasnya – Pavel Durov menerusi saluran rasmi Telegram beliau.

Antara kelebihan buat pemilik akaun Telegram Premium ini adalah termasuk memuat naik fail sehingga 4GB, muat turun lebih pantas, tiada iklan, avatar animasi dan lain-lain. Anda boleh rujuk dengan lebih mendalam di pautan INI.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna bukan premium, jangan risau kerana anda masih lagi dapat menggunakan Telegram seperti biasa. Cumanya, akan ada beberapa ciri khusus yang tidak boleh digunakan.

Harga langganan Telegram Premium buat masa ini masih belum didedahkan tetapi khabar angin mendakwa ia sekitar USD4.99 (~RM22).

Sumber: Pavel Durov

Baca juga:

  • Telegram Dilaporkan Serahkan Data Penggunanya Kepada Pihak Berkuasa German

  • Awas, Mereka Yang Telah Disekat Di Telegram Masih Boleh Tahu Maklumat Anda Dan Buat Perkara Ini

  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress