Sejak kontroversi melanda WhatsApp, pesaingnya Telegram mula mendapat perhatian. Malah, mencapai 25 juta pengguna baharu selepas itu.

Terbaru, menurut laporan sensor tower, Telegram kini sudah dimuat turun sebanyak 1 bilion sehingga kini. Bagaimanapun, angka itu tidak menggambarkan jumlah pengguna yang aktif.

Mungkin sahaja mereka menggunakan Telegram dalam tempoh yang singkat. Ini kerana penggunaan WhatsApp sememangnya sukar untuk dielakkan dalam perkara harian.

Buat pengetahuan, Telegram yang mula dilancarkan pada tahun 2013 telah menawarkan banyak fungsi menarik dan jauh kehadapan berbanding pesaing terdekatnya.

Adakah anda pengguna tegar Telegram?

Ikuti saluran Telegram kami untuk mendapatkan maklumat terkini dengan pantas – https://t.me/wiserarmy

Sumber: techcrunch

Baca juga: