Selain WhatsApp, Telegram merupakan salah satu platform permesejan popular yang digunakan di seluruh dunia.

Terkini, aplikasi ini sedang mengalami masalah dan sukar untuk diakses. Jika anda membuka Telegram, aplikasi akan memaparkan “Updating” yang bermaksud tiada sambungan kepada pelayan mereka.

Ia disedari sejak sekitar 8 malam tadi di mana anda tidak mampu menghantar dan menerima mesej dari pihak lain.

Tidak diketahui sama ada ia akan berlarutan sehingga bila namun diharapkan tidak lama kerana ramai yang menggunakan aplikasi Telegram ini.