Penggunaan panggilan video secara berkumpulan pada masa kini sememangnya amat berguna tidak kira sektor pekerjaan mahupun pendidikan.

Baru-baru ini, aplikasi permesejan popular Telegram akhirnya menyokong ciri panggilan video berkumpulan (group video calls).

Untuk mengaktifkan fungsi baharu itu, pengguna hanya perlu tekan ikon kamera sahaja ketika membuat perbualan suara (voice chat) di mana-mana kumpulan.

Walaupun perbualan suara boleh disertai tanpa had akan tetapi panggilan video itu hanya untuk 30 orang pertama sahaja buat masa ini. Telegram menyatakan had panggilan video itu akan dipertingkatkan pada masa hadapan.

Bercakap tentang “voice chat”, ia turut dikemaskini dimana “noise suppression” dipertingkatkan agar suara perbualan lebih jelas.

Selain itu, apa yang menarik lagi adalah fungsi berkongsi skrin (screen sharing) yang seperti anda sudah ketahui, mirip yang ada pada Google Meet, Zoom atau Discord bertujuan untuk memudahkan pembentangan dan sebagainya.

Tambahan lagi, tablet dan komputer juga sudah mempunyai fungsi “split-screen view”. Secara tidak langsung, paparan panggilan video adalah lebih baik.

ikon baharu

Kemas kini baharu ini juga, Telegram menambah fungsi lain seperti animated backgrounds, creating and sharing backgrounds, ikon telegram baharu, animasi emoji baharu, bot menu dan maklumat log masuk.

Oleh yang demikian, pengguna Telegram disarankan untuk mengemaskini aplikasi anda hari ini.

Baca juga – 4 Platfom Servis Panggilan Video Paling Popular Di Malaysia

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Pengguna Android Dan Windows Bakal Boleh Ber “Facetime” Dengan Pengguna iPhone