Nampaknya, insiden melibatkan telefon pintar YES meletup belum tamat. Selepas 2 insiden berlaku sebelum ini, kini timbul satu lagi laporan yang mendakwa telefon pintar YES meletup.

Seperti insiden sebelum ini, insiden kali ketiga ini juga sekali lagi dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,menerusi laman sosial rasmi Twitter dan Facebook beliau.

Kejadian tersebut dilaporkan dikongsikan di laman facebook Yes 4G Community Unofficial.

Jika benar sepertimana yang didakwa, insiden ini sekaligus menjadi yang ketiga melibatkan telefon pintar YES dari YTL Communications terbakar.

Sebelum ini insiden sama telah berlaku kepada 2 orang pelajar masing-masing di Gombak dan Temerloh yang mendakwa telefon pintar YES yang diperolehi daripada program JARINGAN prihatin telah terbakar ketika mereka sedang menggunakannya.

Bertindak ke atas dakwaan tersebut, pihak YTL telah menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap dakwaan melibatkan telefon pintar keluaran mereka terbakar.

Mereka juga menegaskan bahawa keselamatan produk dan pengguna mereka adalah sangat penting dan akan menyiasat kejadian itu dengan menyeluruh.

Sumber: Syed Saddiq

Baca juga: Sebuah Telefon Pintar Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Pelajar Insiden Kedua Telefon Pintar Terbakar Terima Telefon Pintar Baru

Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Lagi Laporan Peranti Pintar Didakwa Terbakar Melibatkan Model Yang Sama

YTL Minta Pengguna Perantinya Menggunakan Pengecas Asli